fas fa-search
[PENGUMUMAN COVID-19] OPERASI PEJABAT PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (PBPP) DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Indeks Artikel
Halaman 1 dari 2
Para pelanggan yang dihormati,
Sejajar dengan PKP akibat wabak Covid-19 yang dikuatkuasakan Kerajaan, pejabat PBPP akan ditutup sementara dari menerima pelanggan/pelawat mulai 18 Mac 2020 sehingga diberitahu kelak. Oleh itu, kami telah membuat sedikit pengubahsuaian terhadap operasi kami.
Semua permohonan dalam talian melalui sistem MeDC@St2.0 akan beroperasi seperti biasa, manakala permohonan lain boleh dibuat melalui e-mel. Untuk pembayaran dan pengambilan sijil/surat, operasi kami adalah seperti berikut:
Perkara |
Pembayaran |
Kaedah pengambilan sijil/surat |
1) Notifikasi Akses Khas |
i) Hantarkan salinan draf bank anda ke sa.cm@mda.gov.my dan/atau bpt@mda.gov.my ii) Draf bank asal boleh dihantar ke kaunter kami setiap hari Isnin daripada 9.00pg – 1.00 ptg di Aras G |
Surat notifikasi akses khas akan dihantar melalui e-mel |
2) Pendaftaran Peranti Perubatan |
i) Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan pemindahan dalam talian/fpx di dalam sistem MeDC@St ii) Draf bank asal boleh dihantar ke kaunter kami setiap hari Isnin daripada 9.00pg – 1.00 ptg di Aras G |
Sijil asal pendaftaran/pelesenan hanya boleh diambil dari kaunter kami mulai dari tarikh yang akan dimaklumkan kelak Establismen boleh menggunakan nombor pendaftaran dan draf sijil boleh diakses/dicetak di sistem MeDC@St2.0 |
3) Lesen Establismen |
||
4) Notifikasi Perubahan |
Surat notifikasi perubahan akan dihantar melalui e-mel |
|
5) Sijil Jualan Bebas (CFS) |
Pembayaran draf bank asal boleh dihantar ke kaunter kami setiap hari Isnin daripada 9.00pg – 1.00 ptg di Aras G Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hantarkan e-mel cfs@mda.gov.my |
Sijil CFS akan dihantar melalui e-mel setelah pembayaran dibuat |
6) Konsultasi & kebenaran perjalanan |
PBPP menawarkan konsultasi percuma sepanjang tempoh PKP Permohonan kebenaran untuk melakukan perjalanan semasa PKP |
Konsultasi & permohonan kebenaran untuk perjalanan akan dilakukan melalui e-mel. Hantarkan pertanyaan anda ke consultation@mda.gov.my |
Kami akan memaklumkan bila kami akan memulakan operasi biasa dan anda diminta untuk menyemak pengumuman di portal kami untuk mendapatkan maklumat berkenaan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor am kami 03-82300300 dan anda akan dihubungkan ke Bahagian berkenaan untuk menjawab pertanyaan anda. Anda juga boleh menghubungi En Ahmad Shariff Hambali (017-6525442) atau Puan Aidahwaty (016-3337031) untuk pertanyaan mengenai pemberitahuan mengenai alat perubatan akses khas.
STAY HOME, STAY SAFE, STAY HEALTHY
Terima kasih.
KETUA EKSEKUTIF PBPP