fas fa-search
Unit Integriti
Pengenalan Unit Integriti PBPP
Unit Integriti (UI) Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (pekeliling JPA) yang bertujuan untuk mengawal selia dan memantapkan lagi integriti di kalangan warga kerja PBPP serta berperanan sebagai focal point dalam pengurusan isu-isu berkaitan integriti dalam agensi awam. Unit Integriti juga ditubuhkan sebagai satu usaha kawalan dalaman bagi mengawal dan menguruskan hal berkaitan integriti dalam organisasi.
Fungsi Unit Integriti PBPP:
Unit Integriti PBPP berfungsi dan berperanan kepada enam (6) fungsi utama yang berikut:
- Tadbir Urus
- Merancang, melaksanakan program bagi memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan; - Pengukuhan Integriti
- Merancang dan memastikan program berkaitan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam PBPP; - Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
- Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang berkenaan;
- Pengurusan Aduan
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dalam PBPP; - Pematuhan
- Merancang program yang berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa; dan - Tatatertib
- Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib PBPP
Unit ini diletakkan di bawah seliaan Pejabat Ketua Eksekutif PBPP dan diketuai oleh seorang (1) Penolong Pegawai Tadbir.
Klasifikasi Perlanggaran Integriti
KLASIFIKASI |
KESALAHAN/PENERANGAN |
Rasuah |
· Menerima atau meminta rasuah; |
Salah Laku |
· Khalwat.hubungan sulit dan mengganggu rumahtangga orang lain; · Tidak hadir bertugas dan gagal dikesan; · Keterhutangan yang serius dan meminjam daripada Money Launder; · Penyalahgunaan dadah; · Tiada di tempat bertugas semasa waktu bekerja; · Membuat tuntutan palsu; · Sijil cuti sakit palsu; · Mengherdik dan menggunakan kata-kata kurang sopan; · Membuat kenyataan media tanpa izin; · Menjual insurans,MLM semasa waktu bekerja; · Kemalangan melibatkan kenderaan jabatan; · Keluar Negara tanpa kebenaran, terima tajaan tanpa kebenaran Ketua Jabatan. |
Salahguna Kuasa |
· Mengagihkan tawaran Sebut Harga kepada ahli keluarga atau kroni; · Mendapatkan dokumen/butiran daripada pihak ke-3 bagi urusan peribadi atau tanpa mengikut prosedur; · Menggunakan kenderaan jabatan untuk kepentingan peribadi; |
Pelbagai |
· Bayaran tuntutan perjalanan, elaun lambat; · Membuat tawaran kerja menggunakan nama Jabatan. · Pecah amanah/penipuan; · Fraud · Lain-lain kesalahan |