BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PENGENALAN RINGKAS
Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) MDA bukan sekadar unit biasa – inilah nadi komunikasi yang memastikan setiap informasi sampai tepat, pantas, dan bergaya! Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2018, BKK menggantikan Unit Perhubungan Awam (UPA) yang beroperasi sejak 2013, membawa wajah baharu dalam mengendalikan komunikasi korporat MDA.
BKK berkembang pesat dengan barisan tenaga kerja yang komited yang terdiri daripada (1) orang Pengarah Bahagian, (2) orang Pegawai Penerangan dan (3) orang Penolong Pegawai Penerangan. Setiap individu membawa aura tersendiri dalam menjayakan operasi komunikasi organisasi.
Sebagai 'suara' rasmi MDA, BKK bertanggungjawab memastikan setiap informasi yang disampaikan bukan sahaja tepat, tetapi juga mudah difahami dan mesra khalayak. Dari membina imej korporat hingga menjaga hubungan media, BKK memastikan MDA terus relevan dan diyakini masyarakat.
BKK dibahagikan kepada lima (5) seksyen utama yang masing-masing memainkan peranan penting dalam memastikan roda komunikasi terus bergerak lancar:
Dengan semangat kerja berpasukan, kreativiti dan inovasi, BKK terus melangkah ke hadapan untuk memastikan MDA bukan sahaja dikenali, tetapi terus diingati sebagai badan kawal selia peranti perubatan yang berwibawa dan mesra masyarakat.
Prepared by: Corporate Communication Division
Uploaded by: Corporate Communication Division
Date of upload: 14/11/2025