BAHAGIAN KEWANGAN
BAHAGIAN KEWANGAN
PENGENALAN RINGKAS
Bahagian Kewangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) terdiri daripada dua (2) seksyen iaitu Seksyen Kewangan & Akaun dan Seksyen Hasil. Bahagian Kewangan bertanggungjawab bagi memastikan segala prosedur dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa dipatuhi sepenuhnya.
SEKSYEN KEWANGAN & AKAUN
Menyelaras semua urusan berkaitan bayaran kepada individu atau syarikat bagi bekalan, kerja dan perkhidmatan yang dibuat kepada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan;
Menyelaras semua urusan bayaran kepada kakitangan dalaman meliputi bayaran gaji, elaun, tuntutan dan lain-lain;
Memastikan semua rekod perakaunan bagi setiap transaksi yang dibuat adalah tepat dan betul bagi tujuan penutupan akaun bulanan dan tahunan;
Menyediakan penyata kewangan MDA yang sempurna dan teratur untuk dibentangkan di Parlimen;
- Memastikan Pihak MDA membuat perbelanjaan berhemah berdasarkan perancangan dan peruntukan yang telah diluluskan; dan
- Membuat pelaburan yang paling menguntungkan berdasarkan kesesuaian aliran tunai Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.
SEKSYEN HASIL
- Menerima dan merekod setiap terimaan hasil bagi bayaran-bayaran yang dibuat oleh pihak industri di bawah peruntukan Akta 737 dan Akta 738;
- Memastikan jumlah terimaan hasil adalah betul dan tepat untuk tujuan penutupan akaun bulanan dan tahunan;
- Memastikan resit dikeluarkan bagi setiap bayaran yang diterima daripada pihak industri;
- Memantau terimaan hasil secara terperinci selaras dengan standard pelaporan yang ditetapkan; dan
- Melaksanakan proses terimaan hasil melalui sistem Medical Device Integrated Financial Accounting System (MeDIFASt) dan Medical Device Centralised Online Application System (MeDC@St 2.0+).
Disediakan oleh: Bahagian Kewangan
Dimuatnaik oleh: Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh muatnaik: 13/11/2025
