BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
A) CAWANGAN: CAWANGAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
- Unit Kerjasama Dua Hala
- Unit Kerjasama Pelbagai Hala
- Pengenalan Ringkas:
Cawangan Hubungan Antarabangsa merupakan salah satu cawangan di bawah Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI). Terdapat dua unit di bawah cawangan ini iaitu Unit Kerjasama Dua Hala dan Unit Kerjasama Pelbagai Hala yang memainkan peranan utama dalam penyelarasan jalinan hubungan dan kerjasama MDA dengan negara-negara dan agensi luar negara.
Antara fungsi dan objektif Cawangan Hubungan Antarabangsa adalah:
- Menjalin kerjasama strategik dan memperkukuhkan hubungan melalui jalinan kerjasama dua hala, serantau, dan pelbagai hala di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan peranti perubatan.
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan organisasi luar di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan bidang peranti perubatan seperti WHO, WTO, ASEAN, ACCSQ, GHWP, APEC, IMDRF, ISO, IEC, dan lain-lain.
- Merancang dan mengurus aktiviti Memorandum of Understanding (MOU), Memorandum of Agreement (MOA), dan Mutual Recognition Arrangement (MRA) dengan pihak berkuasa dan organisasi lain yang berkaitan di peringkat antarabangsa.
- Menyelaras penyediaan input/pertukaran maklumat berkaitan aktiviti regulatori peranti perubatan/ industri peranti perubatan di peringkat antarabangsa kepada KKM, kementerian-kementerian yang berkaitan, pihak berkuasa dan organisasi berkaitan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
- Menyelaras penyertaan MDA dalam mesyuarat berkaitan aktiviti/kerjasama regulatori peranti perubatan di peringkat antarabangsa anjuran KKM, kementerian-kementerian yang berkaitan, pihak berkuasa dan organisasi
- Menyelaras penyertaan MDA dalam aktiviti-aktiviti pembangunan peraturan teknikal dan standard antarabangsa melalui jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan di peringkat
- Menyelaras keanggotaan MDA dalam jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan regulatori peranti perubatan.
- Menyelaras penyertaan MDA dalam seminar, persidangan, forum, dialog, serta mesyuarat-mesyuarat di peringkat antarabangsa.
B) CAWANGAN FASILITASI INDUSTRI
- Pengenalan Ringkas
Cawangan Fasilitasi Industri adalah salah satu cawangan penting di bawah Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI) yang bertanggungjawab melaksanakan pelbagai fungsi strategik bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan sektor peranti perubatan. Cawangan Fasilitasi Industri adalah terdiri daripada pencapaian 3 unit iaitu:
- Unit Pengecualian;
- Unit Bantuan Industri; dan
- Unit e – Permit
Antara peranan utama cawangan ini adalah:
- Membangun dan memperkukuh struktur serta peranan organisasi berkaitan industri peranti perubatan - Menyokong penubuhan dan penambahbaikan kerangka kerja organisasi yang melibatkan ekosistem peranti perubatan untuk memastikan pembangunan yang mampan dan berdaya saing.
- Mengenalpasti dan meneliti isu-isu regulatori - Memantau serta menangani cabaran dan isu-isu regulatori yang memberi kesan kepada perkembangan industri peranti perubatan, dengan tujuan memastikan kepatuhan kepada piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.
- Mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan - Memudahcara, menyokong, dan mempromosikan inovasi serta pertumbuhan industri peranti perubatan melalui penyediaan perkhidmatan yang cekap dan mesra industri.
Cawangan ini memainkan peranan kritikal dalam memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkepentingan dan menyumbang kepada peningkatan daya saing industri peranti perubatan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Disediakan oleh : Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri
Dimuatnaik oleh: Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh muatnaik: 12/11/2025
