BahagianKeurusetiaan ditubuhkan bagi memastikan pengurusan pentadbiran yang lebih sistematik dan teratur dalam penyediaan maklumat dan punca kuasa berdasarkan peraturan Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), 2012 (Akta 737 & 738). Fungsi-fungsi utama Bahagian Keurusetiaan adalah seperti berikut :

  1. Melaksana dan menyelaras tugas-tugas keurusetiaan bagi Mesyuarat di MDA yang melibatkan Mesyuarat Anggota MDA dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi MDA;
  2. Mengurus hal ehwal pelantikan, penamatan dan kemudahan Anggota MDA serta mengemaskini maklumat Anggota MDA;
  3. Menyelaras maklum balas dan jawapan parlimen;
  4. Menyelaras maklum balas Mesyuarat Pasca Kabinet KKM dan Mesyuarat Pengurusan KKM;
  5. Penyelarasn prestasi kerangka keberhasilan KPI (Outcome Based Budgeting-OBB) yang diminta oleh KKM setiap suku tahun;
  6. Mengurus dan menyelia hal ehwal majlis rasmi Ketua Eksekutif MDA.

Bahagian ini dikawal selia oleh 3 orang kakitangan yang terdiri daripada:

Satu (1) Pegawai Tadbir, N9

Satu (1) Penolong Pegawai Tadbir, N5

Satu (1) Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi), N1

 

Disediakan oleh: Bahagian Keurusetiaan 

Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat

Tarikh muatnaik : 12/11/2025