fas fa-search
MEDICAL DEVICE INDUSTRY WORKING GROUP KE ARAH PELAKSANAAN PERMIT IMPORT PERANTI PERUBATAN DI BAWAH PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT) 2017
Satu mesyuarat telah diadakan pada 14 April 2022 yang dipengerusikan oleh Puan Salbiah Bt Yaakop, Pengarah Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa & Fasilitasi Industri (DASAR). Mesyuarat ini diadakan untuk meneliti isu-isu yang telah dibangkitkan oleh industri peranti perubatan dan membincangkan langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.
Hal Ini bagi memastikan supaya tidak berlaku gangguan semasa kemasukan peranti perubatan di pintu-pintu masuk utama Kastam diRaja Malaysia. Dengan cara ini, sesi penglibatan antara MDA dengan pihak berkepentingan secara berterusan membolehkan suatu keputusan yang realistik dan praktikal dapat dicapai.