IMAGE_3

 

CYBERJAYA, 14 Mei 2026 – Satu sesi libat urus bersama pihak ByteDance Malaysia telah diadakan di pejabat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi membincangkan isu penjualan dan pengiklanan peranti perubatan tanpa kelulusan daripada MDA melalui platform TikTok.

Sesi libat urus ini merupakan susulan daripada perbincangan-perbincangan terdahulu yang telah diadakan antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik berkaitan pematuhan keperluan Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Selain itu, sesi ini turut memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mekanisme pemantauan dan tindakan terhadap kandungan yang melibatkan penjualan serta pengiklanan peranti perubatan yang tidak mematuhi keperluan perundangan, di samping memastikan hanya peranti perubatan yang berdaftar dengan MDA dibenarkan untuk dijual dan diiklankan melalui platform TikTok.

MDA berharap kerjasama berterusan bersama ByteDance Malaysia dapat memperkukuhkan perlindungan pengguna serta menjadikan platform digital yang lebih selamat dan patuh kepada perundangan berkaitan peranti perubatan di Malaysia.

 

Disediakan oleh: Nur Farahna Binti Talib, Bahagian Penguatkuasaan (BP), MDA

Dimuat naik oleh : Wan Nurhalimah binti Wan Abdullah, Bahagian Komunikasi Korporat (MDA) 

Tarikh muat naik : 19 / 5 / 2026