WhatsApp Image 2021 09 06 at 07.20.11

 

06 September 2021, Kuala Lumpur - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menerima jemputan sesi temubual di Selamat Pagi Malaysia, RTM TV1. Temubual yang bersiaran secara langsung bermula jam 8.00 pagi sehinggan 11.00 pagi ini mengupas isu berkenaan "KIT UJIAN KENDIRI COVID-19  DAN RAKYAT". 

MDA diwakili oleh YBrs. En Ahmad Shariff Bin Hambali telah mengupaskan peranan MDA atau Pihak Berkuasa Peranti Perubatan sebagai agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang berfungsi untuk menguatkuasakan Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737)  dan peraturan - peraturan di bawahnya. 

 

WhatsApp Image 2021 09 06 at 08.31.55               

Mengenai isu Self Test Kit COVID - 19, YBrs. En Ahmad Shariff Bin Hambali telah memberikan penerangan bahawa asal permulaan penggunaan Kit Ujian COVID - 19 hanya dibenarkan untuk pengguna professional  sahaja dan penjualan kepada orang awam tidak dibenarkan. 

Namun, MDA sedar tentang keperluan penggunaan kit ujian kendiri COVID -19 oleh mana - mana individu orang awam untuk menjalankan sendiri ujian COVID -19 bagi mengetahui keputusan status jangkitan COVID -19 dengan cepat dan mudah sebelum orang awam pergi membuat tindakan susulan selanjutnya. 

 

WhatsApp Image 2021 09 06 at 08.42.47                  

Di dalam temu bual ini juga telah dinyatakan  dengan jelas bahawa kit ujian kendiri COVID -19 tidak menggantikan fungsi diagnostik reverse - transcription polymerase chain reaction 9RT - PCR) untuk mengesan COVID - 19 dan dengan harapan bahawa kit ujian kendiri COVID - 19 ini dapat mengurangkan beban petugas-petugas kesihatan. 

Selain itu juga, YBrs. En Ahmad Shariff turut menerangkan kepada orang ramai mengenai kelulusan kit ujian kendiri COVID - 19 perlu mempunyai lesen establismen di bawah Akta 737 dan di nilai dengan sangat terperinci dari penilaian teknikal berdasarkan dokumen yang diterima merangkumi aspek - aspek teknologi, rekabentuk dan spesifikasi, kegunaan, arahan penggunaan, ujian pengesahan dan data klinikal yang dibekalkan pengilang dan sebagainya lagi. 

 

  WhatsApp Image 2021 09 06 at 09.52.43           

Orang awam juga boleh menyemak senarai terkini kit ujian kendiri COVID - 19 dari semasa ke semasa melalui Portal MDA di www.mda.gov.my dan sosial media MDA di Facebook - Medical Device Authority   - MDA dan Instagram - medical_device_authority. 

Temubual ini diakhiri dengan nasihat dari Ketua Eksekutif MDA, supaya orang awam sentiasa peka dengan perkembangan semasa mengenai COVID - 19 terutama mengenai pengesanan jangkitan COVID -19 dan memastikan kit ujian yang dibeli adalah untuk kegunaan orang awam dan bukan untuk kegunaan profesional serta membeli kit ujian hanya di farmasi dan fasiliti kesihatan yang berlesen sahaja dan juga menggunakan kit ujian tersebut dengan cara yang betul mengikut arahan yang telah ditetapkan dan melupuskan dengan langkah yang selamat serta mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya termasuk melaporkan keputusan yang diperolehi di dalam MySejahtera.