fas fa-search
PENGANJURAN AWARENESS PROGRAM KEPADA ESTABLISMEN YANG TELAH MENDAPAT KEBENARAN MELALUI AKSES KHAS DAN KELULUSAN BERSYARAT
17 Ogos 2021, Cyberjaya - Telah berlangsung satu program kesedaran yang dianjurkan oleh Medical Device Authority Malaysia (MDA) yang dikenali sebagai Awareness Program.
Program ini disasarkan kepada establismen atau industri peranti perubatan yang telah mendapat kebenaran pengedaran Kit Ujian Kendiri Covid - 19 melalui akses khas (special access, SA) dan kelulusan bersyarat (conditional approval, CA).
Perasmian program dibuat oleh Ketua Esekutif MDA, Ybrs. En. Ahmad Shariff Bin Hambali. Antara pegawai - pegawai yang dijemput untuk memberikan ceramah di dalam program kesedaran ini adalah Pn. Norlela Hatta (Ketua Penolong Pengarah Kanan) Bahagian Penilaian Teknikal, Pn. Mariammah Krishnasamy (Ketua Bahagian Pendaftaran) Bahagian Pendaftaran, Perlesenan dan Penguatkuasaan, En. Zulhirsham Bin Junaidi (Ketua Unit Pasca pasaran) Bahagian Pendaftaran, Perlesenan dan Penguatkuasaan, Pn. Idamazura (Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Pasca Pasaran) Bahagian Pendaftaran, Perlesenan dan Penguatkuasaan dan Pn. Salbiah (Pengarah BDKS) Bahagian Dasar kod dan Standard.
Meskipun program ini diadakan secara persidangan video, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Rekod kehadiran yang dicatatkan oleh pihak MDA melalui program ini adalah seramai 78 orang peserta yang telah mengikuti program ini daripada pelusuk negeri di Malaysia.
Menarik pada program kali ini, diselitkan dengan sesi soal dan jawab yang memberi peluang kepada pihak establismen untuk mengajukan pertanyaan kepada pegawai-pegawai yang berkaitan.
Harapan MDA dengan penganjuran program seperti ini akan dapat meningkatkan pengetahuan dan tanggungjawab establimen terhadap peranti perubatan yang dikeluarkan di dalam pasaran demi keselamatan dan keberkesanan kit ujian kendiri Covid - 19 kepada orang awam.