fas fa-search
KUNJUNGAN HORMAT DARI BAHAGIAN PERALATAN PERUBATAN DAN PEMBANGUNAN, KEMENTERIAN KESIHATAN VIETNAM
KUALA LUMPUR, 1 November 2018 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah menerima kunjungan hormat dari Department of Medical Equipment & Construction, Ministry of Health, Vietnam pada 26 Oktober 2018 (Jumaat). Delegasi seramai 5 orang dari Vietnam yang diketuai oleh Director, Department of Medical Equipment & Construction, Ministry of Health, Vietnam, Mr Nguyen Minh Tuan itu turut disertai 4 wakil dari Baxter.
Menerusi lawatan ini, kedua-dua pihak yang merupakan anggota dalam ASEAN Medical Device Product Working Group (MDPWG) dan Asian Harmonisation Working Party (AHWP) telah berkongsi pengalaman dan cabaran dalam kawalan peranti perubatan yang dihadapi dan kerjasama yang boleh dijalin antara kedua-dua belah pihak.
Wakil PBPP yang terlibat dalam meraikan kunjungan ini adalah Ketua Eksekutif, Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Pengarah Bahagian Dasar, Kod dan Standard, Puan Sasikala Devi A/P Thangavelu, Ketua Cawangan Dasar dan Bantuan Industri, Puan Salbiah Binti Yaakop serta pegawai - pegawai di bawah BDKS iaitu, Encik Amir Azfar Bin Miskon, Encik Muhammad Izham Bin Muhammad Noor dan Encik Raja Mohd Nazrin Shah Bin Raja Ahmad.