Yogyakarta, Indonesia – Persidangan Antarabangsa untuk Inovasi dalam Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Hayat (ICIBEL 2024) telah berlangsung dengan jayanya pada 22 - 23 September 2024 di Yogyakarta, Indonesia. Dalam acara ini, Ketua Eksekutif MDA menyampaikan ceramah yang bertajuk "Usaha MDA untuk Menggalakkan Inovasi Peranti Perubatan" kepada para hadirin.


Ceramah tersebut menekankan peranan penting MDA dalam memacu inovasi dan perkembangan teknologi perubatan yang lebih efisien serta selamat. Hadir bersama dalam persidangan ini ialah Dr. Rizka Andalusia, dari Direktorat Jenderal PMDA Kementerian Kesihatan Indonesia, yang turut memberikan pandangan tentang peranan kawal selia peranti perubatan di Indonesia.

Empat pegawai dari MDA yang turut serta dalam persidangan ini ialah Encik Hasbullah, Encik Izham, Puan Norfazila dan Puan Ilani. Inisiatif ini diharapkan dapat memperkuat kerjasama antara negara-negara ASEAN dalam mempromosikan inovasi khususnya dalam sektor perubatan.