fas fa-search
PROGRAM PROMOSI KESEDARAN KEPADA PENGGUNA AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) DI KUCHING, SARAWAK
Kuching – Pada 30 November 2023 telah berlangsungnya program tahunan MDA iaitu Program Promosi Kesedaran Kepada Pengguna Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) bertempat di Hospital Umum Sarawak, Kuching, Sarawak.
Program yang dianjurkan oleh Pihak Berkusasa Peranti Perubatan (MDA) dapat memberi ilmu dan pengetahuan kepada umum khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor peranti perubatan. Penerangan maklumat yang disampaikan di dalam program pada kali ini telah memberi pendedahan tentang Akta 737 iaitu Akta Peranti Perubatan.
Akta 737 merupakan akta untuk mengawal selia peranti perubatan, industri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Seramai lima (5) orang pegawai daripada MDA telah menyampaikan ceramah mereka yang meliputi daripada bahagian pengguatkuasaaan, dasar, pengkelasaan produk dan pendaftaran produk. Ceramah yang disampaikan ini mengandungi info yang padat serta berinformasi tentang peranti perubatan.
Program kesedaran ini akan memberikan impak yang positif kesedaran kepada pengguna tentang pentingnya peranti perubatan yang telah mendapat kelulusan daripada MDA. Seterusnya, pihak MDA akan terus mempergiatkan usaha dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya peranti perubatan yang selamat dan berkesan. - Syamsul Akmal, MDA.