fas fa-search
MESYUARAT BENGKEL ’CAPACITY BUILDING’ BERSAMA GLOBAL HARMONISATION WORKING PARTY (GHWP) DAN ASIA PACIFIC MEDICAL TECHNOLOGY ASSOCIATION (APACMed)
10 Julai 2023 – Mesyuarat bersama pihak GHWP dan APACMed telah diadakan secara dalam talian bagi tujuan membincangkan bengkel ’capacity building’ antarabangsa yang akan diadakan di Malaysia secara ’hybrid’ iaitu secara dalam talian atau fizikal. Mesyuarat ini telah disertai oleh Pengerusi GHWP Capacity Building Training Panel iaitu Puan Salbiah Bt Yaakop (Bahagian Dasar, Hubungan Industri dan Antarabangsa, MDA).
Mesyuarat telah membincangkan perancangan bagi bengkel tersebut dan beberapa topik yang berpotensi untuk dimasukkan ke dalam program bengkel tersebut seperti ’Clinical Evidence’, ’Unique Device Identification’ dan sebagainya yang akan diselaraskan kelak. Bengkel yang akan diadakan ini juga dapat membantu negara-negara ahli GHWP untuk mencapai matlamat terhadap pendekatan ’convergence’ dan ’harmonisation’. Anjuran bengkel ini buat pertama kali di Malaysia oleh pihak GHWP merupakan satu kebanggaan dan juga menunjukkan pihak MDA berdaya saing di peringkat antarabangsa.