MDA sedia maklum mengenai isu berkitan prestasi kit ujian kendiri COVID-19 di pasaran yang tular sejak kebelakangan ini. MDA ingin memaklumkan bahawa pelbagai faktor boleh menyebabkan isu berkaitan prestasi kit ujian ini. Sehubungan itu, MDA sedang menyiasat dan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi mengatasi isu tersebut.
 
MDA telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai isu prestasi kit ujian ini pada 14 Februari 2022 lalu dan disusuli dengan satu siaran awam bertajuk Nasihat Kepada Orang Ramai Dalam Pembelian dan Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 pada 15 Februari 2022 yang disiarkan dalam portal dan media sosial MDA.
Kenyataan media dan siaran awam mengenai isu prestasi kit ujian ini boleh diakses melalui pautan berikut;