AirPaipPositif

 

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengambil maklum mengenai isu tular di media sosial berkenaan kit ujian kendiri Covid-19 yang menunjukkan keputusan positif setelah diuji dengan menggunakan air paip. 

Berdasarkan rakaman video yang berdurasi selama dua (2) minit tersebut, cara penggunaan yang ditunjukkan tidak mengikut arahan seperti dalam label dan leaflet yang disertakan di dalam kit ujian tersebut.

 Oleh hal yang demikian, sekiranya kit ujian digunakan dengan tidak mengikut tujuan yang dimaksudkan dan arahan ditetapkan pengilang, kemungkinan ia akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat serta mengelirukan.

MDA mengambil berat atas penularan video tersebut dan akan menjalankan siasatan ke atas perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan orang awam mengenai penggunaan kit ujian kendiri Covid - 19. Hal ini bertujuan untuk memastikan keselamatan serta kesihatan awam sentiasa terjamin. 

 

Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

10 Februari 2022