fas fa-search
UNDANGAN KE SESI PENERANGAN BERKENAAN KEPERLUAN PERMIT BAGI BARANGAN LARANGAN IMPORT YANG MELIBATKAN KOD TARIF PERANTI PERUBATAN
UNDANGAN KE SESI PENERANGAN BERKENAAN KEPERLUAN PERMIT BAGI BARANGAN LARANGAN IMPORT YANG MELIBATKAN KOD TARIF PERANTI PERUBATAN
Merujuk perkara di atas,
MDA dengan sukacitanya mengundang tuan/puan untuk menyertai sesi penerangan berkenaan pelaksanaan permit import bagi barangan larangan import yang melibatkan kod tarif peranti perubatan. Sesi ini dianjurkan bertujuan untuk perkongsian mengenai pelan pelaksanaan permit import MDA kepada pihak yang terlibat. Butiran sesi penerangan adalah seperti berikut:
Sesi |
Tarikh/Masa |
Pengurusan |
Pendaftaran Kehadiran |
Sesi Penerangan Permit Import Siri 1 |
27 Februari 2025/ 10.00 pg - 12.00 tgh hari |
Secara bersemuka |
Borang (Terhad 50 orang) |
Sesi Penerangan Permit Import Siri 2 |
13 Mac 2025/ 10.00 pg - 12.00 tgh hari |
Virtual |
Borang (Terhad 100 orang) |
Bagi persediaan ke arah tarikh kuatkuasa keperluan mendapatkan permit bagi pengimportan barangan larangan yang terlibat, MDA mengalu-alukan penyertaan pihak yang terlibat ke sesi ini.
NOTA:
- Tiada sebarang fi penyertaan dikenakan.
- Hanya 1 wakil daripada setiap syarikat yang akan dibenarkan untuk mendaftar.
- Pengesahan penyertaan akan dibuat berdasarkan pendaftaran terawal, sesi lain akan dipertimbangkan berdasarkan sambutan pihak industri.
- Pengesahan kehadiran akan dihantar melalui e-mel yang telah didaftarkan. Oleh itu, sila pastikan maklumat e-mel yang diberikan adalah tepat bagi memastikan penerimaan maklumat berkaitan sesi ini.
- Penting untuk diingat bahawa peserta untuk sesi yang telah menerima e-mel pengesahan tetapi gagal hadir ke sesi ini tanpa sebarang notis awal, akan disenaraihitamkan daripada penyertaan dalam sesi-sesi yang akan datang
PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT:
- En. Luqman Hafifi :03-8230 0212
- Puan Nur Aisyah : 03-8230 0253
- Whatsapp only: 010-3323210
- E-mel: importpermit@mda.gov.my
Sekian, terima kasih.
Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI)
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)
Dimuatnaik oleh : Unit Komunikasi Korporat
Tarikh muatnaik: 14 Februari 2025