fas fa-search
PROGRAM JELAJAH KAWALAN PERANTI PERUBATAN FASA ENDEMIK PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA)
Kota Samarahan - 15 julai 2022: Satu program Jelajah Peranti Perubatan Anjuran Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah diadakan di Auditorium Pusat Jantung, Kota Samarahan, Sarawak.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai berkaitan penggunaan dan kawalan regulatori terhadap kit ujian kendiri Covid-19 dan menyediakan panduan kesihatan dan keselamatan kepada orang awam sepanjang fasa endemik.
Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), agensi-agensi kerajaan, swasta, hospital, institusi pengajian tinggi, pasaraya, farmasi serta peruncit.