6 Oktober 2021 – Pelancaran YouTube MDA baru sahaja berlangsung secara LIVE yang dipancarkan terus ke Facebook rasmi MDA. Pelancaran tersebut juga dirasmikan oleh Ketua Eksekutif, Encik Ahmad Shariff Bin Hambali.

Jika sebelum ini, MDA menggunakan Facebook dan Instagram, tetapi kini jaringan peyampaian maklumat dan juga penerangan dikembangkan lagi dengan mewujudkan saluran YouTube bagi meluaskan akses maklumat untuk orang awam.

Sehubungan dengan itu, pembukaan saluran YOUTUBE MDA adalah untuk memberikan orang awam informasi dan penerangan yang lebih luas, tepat dan mutakhir khususnya berkenaan dengan peranti perubatan.

 

 IMG 5433

 

 

 

IMG 5485IMG 5517IMG 5463