fas fa-search
ACARA SOFT LAUNCH MYMEDEX DAN IMDC 2019
Pada 15 April 2019 yang lalu, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah mengadakan program Soft Launch untuk dua acara mega secara serentak yang bakal diadakan pada Oktober tahun ini iaitu International Medical Device Conference (IMDC) dan Malaysia Medical Devie Expo (MyMedex).
Acara Soft Launch ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min di Aras 8, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan turut dihadiri oleh Agensi-agensi Kerajaan, Pihak Industri, pegawai-pegawai dan kakitangan KKM dan PBPP.
Acara yang berperingkat antarabangsa ini bakal diadakan pada 15, 16 dan 17 Oktober 2019 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibiton Centre (MITEC), Kuala Lumpur.