IMG_7273-min

 

IMG_7275-min_3

 

Cyberjaya, 21 April 2025 – Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Dr. Muralitharan Paramasua telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kedutaan Kerajaan Belanda di Malaysia yang diketuai oleh Puan Eva Oskam, Timbalan Ketua Misi dan Ketua Hal Ehwal Ekonomi. Turut serta hadir dalam delegasi ini ialah Pegawai-Pegawai Ekonomi Kanan Kedutaan, Puan Agnes Seah dan Encik Ang Kit Sin.

 

 

IMG_7272_1

Dalam sesi perkenalan ini, delegasi telah diberikan pendedahan ringkas mengenai sistem regulatori peranti perubatan di Malaysia serta agenda Dasar Peranti Perubatan Kebangsaan.

Delegasi Kedutaan dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI) yang diketuai oleh Puan Norlela Hatta@Antah turut mengambil peluang bertukar-tukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama melalui penyelidikan, inovasi dan pembangunan projek, sebagai usaha memperkukuh hubungan diplomatik menerusi perkembangan industri peranti perubatan antara kedua-dua negara.

MDA menghargai komitmen Kerajaan Belanda dalam usaha memajukan kerjasama antarabangsa di bidang peranti perubatan.

 

IMG_7303-min_1

 

 IMG_7312_2

 

Dimuatnaik pada 28 April 2025