fas fa-search
LAWATAN KERJA REPUBLIK UZBEKISTAN KE PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN
CYBERJAYA, 5 Februari 2025 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menerima Lawatan Kerja dari Republik Uzbekistan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, MDA Cyberjaya.
Seramai tujuh (7) orang delegasi dari Republik Uzbekistan yang diketuai oleh Mr. Eldor Adilov, Specialist of the Administration of the President of the Republic of Uzbekistan, Director of the Project Office Center "Healthcare Projects Center. Turut hadir sama ialah Mr. Azizbek Salokhidinov, Specialist of the Administration of the President of the Republic of Uzbekistan, Mr. Saidmurod Ismailov - Director of the Republican Specialized Vakhidov Surgery Center, Mr. Zafarbek Abdugafurov - Specialist of the Republican Specialized Vakhidov Surgery Center, Mr. Jakhongirkhon Isroilov - Vice-Rector of Tashkent Medical Academy, Mr. Alisher Temirov - Director of SI - Center for Pharmaceutical Product Safety dan Mr. Rakhmatilla Khayrillaev - Specialist of International Cooperation Department, Ministry of Health of the Republic of Uzbekistan.
Delegasi MDA diketuai oleh Dr Muralitharan Paramasua dan turut dihadiri oleh pengarah-pengarah bahagian dan pegawai-pegawai MDA yang berkaitan.
Pada sesi lawatan ini, delegasi telah diberikan taklimat ringkas berkaitan MDA untuk mendapatkan gambaran tentang sistem regulatori peranti perubatan di Malaysia.
Delegasi MDA dan Uzbekistan telah berbincang dan bertukar pendapat untuk menerokai peluang bagi menjalankan kerjasama dalam penyelidikan, inovasi, dan pembangunan projek yang boleh memberi manfaat kepada perkembangan industri peranti perubatan di kedua-dua negara.
MDA turut memaklumkan berkenaan rancangan misi perdagangan berkaitan peranti perubatan ke Republik Uzbekistan yang akan diadakan pada 30-31 Julai 2025. Delegasi Uzbekistan telah memberikan maklum balas yang positif dalam membantu menjayakan misi ini.
Adalah menjadi harapan MDA agar misi ini dilaksanakan dengan jayanya dan dapat membuka peluang mengembangkan perniagaan industri peranti perubatan kedua-dua buah negara.
Dimuatnaik pada : 7 Februari 2025
Dimuatnaik Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Sumber Artikel : Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Fasilitasi Industri (BHAI)