SESI LIBAT URUS BERSAMA JURUTEKNIK PERANTI PERUBATAN INSTITUSI KESIHATAN BUKAN DIBAWAH KKM BERKAITAN PROGRAM KAWALAN KE ATAS BIOMEDICAL TECHNICAL PERSONNEL (BTP)

5 Jun 2024 (Rabu), Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama juruteknik peranti perubatan institusi kesihatan yang bukan dibawah seliaan KKM. Sesi ini dihadiri 40 wakil teknikal yang terdiri daripada institusi kesihatan swasta, pembuat peranti perubatan, vendor peranti perubatan dan hospital universiti. Sesi ini merupakan satu platform bagi membincangkan perkara-perkara yang melibatkan penyelenggaraan peranti perubatan berdasarkan Akta 737 (Seksyen 43) dan hasil perbincangan ini dapat membantu Pihak MDA dalam pembangunan program kawalan keatas Biomedical Technical Personnel (BTP).

IMG_2140.jpg IMG_2144.jpg
IMG_2147.jpg IMG_2161.jpg