fas fa-search
SESI PERTEMUAN MDA BERSAMA PIHAK THE AUSTRALIAN TRADE AND INVESTMENT COMMISSION (AUSTRADE)
Cyberjaya, 12 Januari 2024 – Sesi pertemuan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bersama The Australian Trade and Investment Commission (AUSTRADE) telah berlangsung di Bilik Bakawali, MDA. Sesi yang dipengerusikan oleh Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA ini telah dihadiri wakil dari AUSTRADE iaitu Ms. Melanie Harris, First Secretary, Trade & Investment Commissioner dan Ms. Pragase Komargan, Business Development Assistant Health and Consumer.
Objektif sesi pertemuan ini diadakan adalah bagi berkongsi peranan kedua-dua buah agensi dan membincangkan peluang kerjasama yang boleh diterokai sekali gus mampu membawa kebaikan bersama buat Malaysia dan Australia.