27–30 November 2023 – Mesyuarat Global Harmonization Working Party (GHWP) kali ke-27 yang dipengerusikan oleh Dr Xu Jinghe (NMPA, China) dan Mesyuarat GHWP Technical Committee (GHWPTC) yang dipengerusikan oleh Dr Abdullatif S. Alwatban (SFDA, Arab Saudi) telah diadakan secara fizikal di Shanghai International Convention Center, China. Keanggotaan GHWP kali ini adalah sebanyak 34 negara keahlian, termasuklah Malaysia, dan mesyuarat tersebut telah dihadiri daripada pelbagai pakar-pakar daripada badan pihak berkuasa dan industri peranti perubatan. Malaysia melalui MDA telah diketuai oleh Dr Muralitharan Paramasua dan mesyuarat ini juga turut dihadiri pegawai-pegawai yang berkaitan.

Terdapat sesi-sesi teknikal berkaitan peranti perubatan telah dikongsikan bersama seperti ‘New cutting-edge technologies medical devices’, ‘Regulatory pathways for innovative medical devices’, ‘Regulatory Tools to Foster Innovation’, ‘Risk Management for Innovative Medical Device’, 'UDI Application Practices' dan 'Digital Transformation of Medical Device Labelling'. Di samping itu, pegawai-pegawai MDA juga bergiat aktif dalam sesi-sesi tersebut selaku ahli panel, penceramah dan juga pembentang.

Antara laporan Mesyuarat GHWP kali ini ialah pengemaskinian laporan GHWP, GHWPTC, IMDRF, 'International Organizations & Harmonization Efforts', Liaison Member, kemaskini sistem regulatori negara luar dan beberapa pengesahan telah dilaksanakan. Resolusi-resolusi penting yang telah dipersetujui sewaktu mesyuarat ialah pengesahan terhadap perubahan Timbalan Pengerusi GHWP dan Pengerusi WG 5. Selain itu, terdapat pengesahan terhadap garis panduan iaitu ‘Principles of Regulatory Requirements for Electronic Instructions for Use (eIFU)’, ‘Guidance for Additional Considerations to Support Conformity Assessment of In Vitro Companion Diagnostic Medical Devices’, 'Post Market Resource Center', 'Guidance document on the risk based approach to quality management system aspects: ISO13485:2016', 'Guidance for Auditing Supplier to Medical Device Manufacturers', 'A Guide to Understanding Presently Available Audit Duration Determination Systems', 'A Guide to Understanding Best Practices in Audit Life Cycle Management' and 'GHWP UDI Rule'. Merujuk kepada keahlian negara-negara GHWP, terdapat dua penambahan negara iaitu Mesir dan Cuba bagi menganggotai organisasi ini dan negara Amerika Syarikat telah mengundur diri.

Sementelahan, pengumuman bagi menjadi negara tuan rumah terhadap Mesyuarat GHWP kali ke-28 telah disahkan oleh Pengerusi GHWP, dimana Malaysia telah dipilih menjadi negara tuan rumah. Pemilihan Malaysia sebagai negara tuan rumah meletakkan negara sebagai titik fokus untuk kerjasama antarabangsa dan perkongsian pengetahuan dalam sektor peranti perubatan, selanjutnya ke arah memacu kemajuan dan memupuk perkongsian dalam bidang penyelarasan peranti perubatan.

Adalah menjadi harapan agar GHWP teguh terhadap komitmen dalam memupuk penyelarasan kawal selia peranti perubatan yang selamat dan berkesan, penyeragaman regulatori dan pengiktirafan antara negara, dan selanjutnya dapat meneruskan inisiatif kerjasama dalam menyumbang kepada kemajuan kesihatan awam sejagat.