fas fa-search
PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI, “MINDA SCAMMER: APAKAH HELAH MEREKA?”
21 November 2023– Unit Integriti telah menganjurkan Program Pengukuhan Integriti bertajuk
“Minda Scammer: Apakah Helah Mereka?” yang diadakan pada 20 November
2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, MDA.
Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Duta Anti Scam
PDRM, ASP Rahmat Fitri bin Abdullah, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah
Komersil, IPD Sentul. Program selama 2 jam ni telah dihadiri oleh barisan seramai
70 orang pegawai dan kakitangan MDA yang terdiri daripada pelbagai bahagian dan
unit.
Para peserta telah diberi pendedahan berkaitan jenis-jenis scam, teknik
penipuan yang sering kali dilakukan oleh scammer, serta tindakan yang perlu
dilakukan bagi mengelakkan ditipu. Antara pesanan penting yang dititipkan oleh ASP
Rahmat adalah sentiasa berfikir dengan normal, patuhi SOP/peraturan dan
semak dengan pihak berkuasa sekiranya menerima sebarang panggilan yang
mencurigakan (scammer).
Pesanan akhir beliau kepada warga MDA iaitu, “be
smart, stay alert” diharapkan menjadi peringatan dan nasihat berguna kepada
semua warga MDA dalam menghadapi sebarang ancaman daripada scammer.