fas fa-search
MAJLIS MENANDATANGANI PIAGAM PROJEK KHIDMAT PERUNDINGAN PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI MEDICAL DEVICE CENTRALISED ONLINE APPLICATION SYSTEM – MeDC@St 3.0
6 September 2023 - Majlis Tandatangan Piagam Projek telah berlangsung baru-baru ini di Dewan Serbaguna Aras 8, Blok E7, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menandatangani Piagam Projek Khidmat Perundingan Pembangunan Sistem Aplikasi Medical Device Centralised Online Application System (MeDC@St) 3.0 di antara Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Datuk Haji Rodzi bin Md Saad seterusnya ucapan aluan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Eksekutif, YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, bersama barisan pengurusan tertinggi MDA dan juga wakil daripada pihak MAMPU.
Sistem Aplikasi Medical Device Centralised Online Application System (MeDC@St) ini adalah merupakan sistem aplikasi teras yang dibangunkan untuk melaksanakan aktiviti Kawal Selia Pra Pasaran Peranti Perubatan di bawah Akta 737 dan Akta 738. Sistem ini telah mula diperkenalkan dan digunakan pada 1 Julai 2013 dengan pembangunan 2 modul utama iaitu Modul Lesen Establismen dan Modul Pendaftaran Peranti Perubatan sebagai permulaan transformasi perkhidmatan digital MDA. Pada 3 Januari 2019, MeDC@St 2.0 telah dilancarkan dengan penambahan 2 lagi modul utama iaitu Modul Pendaftaran Badan Penilaian Pematuhan dan Modul Permohonan Notifikasi Peranti Perubatan. MDA juga telah melaksanakan penambahbaikan modul sistem sedia ada dan dengan itu MeDC@St 2.0+ telah dilancarkan pada 1 Februari 2022.