fas fa-search
SESI PERBINCANGAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN BERSAMA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
06 September 2023 - Sesi perbicangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bersama Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia (YBMK), YBhg. Dr. Zaliha Mustafa telah berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif, YBrs. Muralitharan Paramasua bersama Pengerusi Anggota MDA, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dan Ahli Anggota MDA yang lain.
Perbincangan tersebut adalah bertujuan untuk melaporkan pencapaian MDA sepanjang tahun 2023 yang melibatkan kemajuan MDA dalam sektor pendaftaran dan penguatkuasaan peranti perubatan di Malaysia. Agenda yang turut dibincangkan adalah berkaitan kemampuan MDA dalam membina hubungan antarabangsa melalui pelaburan dan kerjasama beberapa negara di Asia dan Eropah yang akan dijalankan pada tahun ini.
MDA mendapat sambutan yang baik daripada YBMK dan Anggota MDA atas pencapaian yang telah dilaksanakan bagi tempoh ini di mana MDA menjadi sektor penting dalam New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan beberapa pencapaian lain dalam pentadbiran di dalam MDA.