fas fa-search
KUNJUNGAN HORMAT INVEST SELANGOR DI PEJABAT PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA)
8 Jun 2023 – Invest Selangor Berhad telah membuat kunjungan hormat di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) yang diketuai oleh Encik Mohd Syahid, Senior Manager S-BIOCO dan juga Puan Nur Khalisesah, Executive S-BIOCO. Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Dr. Muralitharan, Ketua Eksekutif MDA, Puan Salbiah Bt Yaakop, Pengarah Bahagian Dasar, Industri dan Antarabangsa (DASAR), Puan Aidahwaty M.Olaybal, Pengarah Bahagian Kawalan Pra Pasaran (BKPP), Puan Nashirah Binti Naimi, Ketua Cawangan Kajian Regulatori, Inter-Agensi dan Fasiliti Kesihatan serta Puan Maryam Nazeera Bt Suhaimi dari Unit Inter-Agensi dan Kolaborasi.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan peluang untuk menerokai kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam industri peranti perubatan di Negeri Selangor. Selain itu, beberapa perkara lain juga dibincangkan dalam mewujudkan inisiatif-inisiatif yang boleh dilakukan antara MDA dan juga Invest Selangor Berhad.