8 Jun 2023 – Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA telah menerima satu kunjungan hormat yang diketuai oleh YBrs. Dr. Md Fauzi bin Md Ismail, Pendaftar Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) serta beberapa pegawai MBOT yang lain. Kunjungan hormat tersebut telah diadakan di pejabat MDA yang turut dihadiri oleh pengarah-pengarah bahagian dan beberapa pegawai MDA.

Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk membincangkan cadangan kerjasama penglibatan profesional teknologis di dalam aspek peranti perubatan. Selain itu untuk mewujudkan inisiatif-inisiatif lain yang boleh dilakukan antara MDA dan juga MBOT.

 

IMG_6379_EDITEDIMG_6368