fas fa-search
PERASMIAN INTERNATIONAL HEALTHCARE CONFERENCE AND EXHIBITION OLEH YB DR ZALIHA MUSTAFA, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
30 Mei 2023 - APHM telah berlangsung untuk hari pertama di Kuala Lumpur Convention Centre yang turut dirasmikan oleh YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia. Program ini juga dihadiri oleh Dr Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif serta beberapa pegawai daripada MDA.
MDA turut membuka satu ruang pameran dalam program ini dengan nombor pameran 196. Orang awam dan pihak industri boleh berkunjung ke ruang pameran ini untuk bertanyakan soalan atau ingin menyuarakan pandangan berkaitan dengan peranti perubatan. Pameran ini juga akan berlangsung sehingga 1 Jun 2023.