16 - 17 Mei 2023 - Mesyuarat ASEAN Medical Device Technical Committee (AMDTC) kali ke-11 telah dipengerusikan oleh Thailand dan telah diadakan secara atas talian di antara negara - negara ASEAN yang terdiri daripada Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam. Mesyuarat ini merupakan program tahunan yang melibatkan Pihak Berkuasa dari negara - negara ASEAN untuk membincangkan berkaitan keperluan regulatori peranti perubatan bagi tujuan pengharmonian di peringkat ASEAN.

Melalui mesyuarat yang diadakan ini, delegasi Malaysia dari Medical Device Authority (MDA) diketuai oleh Puan Salbiah Bt Yaakop dan turut hadir adalah pegawai - pegawai dari Bahagian Dasar, Hubungan Industri dan Antarabangsa (DASAR), Bahagian Kawalan Pra Pasaran (BKPP) dan Bahagian Pasca Pasaran & Penguatkuasaan (BPP). Sebanyak 11 produk borderline dan 55 pengelasan peranti perubatan telah dibincangkan dan diseragamkan melalui mesyuarat ini.

Penulis: Muhammad Marwan Bin Anoor

WhatsApp_Image_2023-05-19_at_4.45.28_PMWhatsApp_Image_2023-05-19_at_4.45.26_PMWhatsApp_Image_2023-05-19_at_4.45.27_PM_2

WhatsApp_Image_2023-05-19_at_4.45.28_PM_126