fas fa-search
NIH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENDALAMI AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) DI MDA
27 FEBRUARI 2023 – Satu program bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga Institut Kesihatan Negara (NIH) berkaitan Akta 737 dan Perintah (Pengecualian) Peranti Perubatan – bagi tujuan Kajian Klinikal telah pun diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, MDA.
NIH adalah merupakan sebuah institusi penyelidikan dibawah KKM beroperasi sejak 2019 dengan menjalankan pelbagai jenis penyelidikan. Dalam usaha bagi mendalami keperluan Akta Peranti Perubatan (Akta 737), NIH telah mengambil inisiatif memohon diadakan taklimat berkaitan perkara ini.
Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai Penyelidik, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Perolehan telah menghadiri Taklimat ini yang disampaikan oleh pegawai-pegawai seperti En. Shazani Shafiq, Puan Aidahwaty dan Puan Nur Maizura. Terdahulu, Ketua Eksekutif MDA, En. Muralitharan Paramasua turut tampil memberikan kata alu-aluan dan pengenalan berkaitan struktur dan peranan MDA.
Penulis: Nur Maizura Bt Zarmani