17 Januari 2023 – Pemeriksaan Pengawasan Pasaran telah diadakan di sekitar Bentong, Pahang. Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memantau kepatuhan peranti perubatan yang berada dalam pasaran disamping memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna serta peruncit dalam memastikan kepatuhan sesuatu peranti perubatan.

Antara peranti perubatan yang disemak adalah Kit Ujian Covid-19, Alat Pengukur Tekanan Darah, Glukometer, Kondom, Peti Pertolongan Cemas, Sarung Tangan Pemeriksaan, Pelitup Muka, Termometer, dan lain-lain. Sebanyak 7 premis telah diperiksa dan tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap premis yang dikenal pasti gagal memenuhi keperluan Akta 737.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihati untuk lebih peka dengan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli adalah berdaftar. Semakan pendaftaran peranti perubatan boleh disemak melalui pautan yang berikut: https://mdar.mda.gov.my/

Penulis: Kamal Hanafi bin Mohd Nazir

 

WhatsApp Image 2023 01 18 at 3.17.32 PMWhatsApp Image 2023 01 18 at 3.17.33 PM 1WhatsApp Image 2023 01 18 at 3.17.33 PM