fas fa-search
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KALI KE–3
22 Disember 2022 – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) kali ke-3 telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6 secara bersemuka dan atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ybrs Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA merangkap Pengerusi MBJ serta dihadiri oleh pengarah-pengarah bahagian, pegawai-pegawai dan juga kakitangan MDA yang lain.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Ahli Pekerja yang diadakan baru-baru ini untuk memperbaiki serta menaik taraf keperluan organisasi pada masa hadapan.