fas fa-search
KURSUS PENGGUNAAN MICROSOFT EXCEL
26 - 27 Oktober 2022 - Baru-baru ini telah berlangsung Kursus Penggunaan Microsoft Excel yang bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, aras 6 MDA bermula 26 Oktober (Rabu) sehingga 27 Oktober (Khamis).
Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Safwan bin Abdullah, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Program ini turut dihadiri oleh para pegawai dan seluruh kakitangan MDA.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang penggunaan Microsoft Excel sebagai aplikasi spreadsheet untuk pengiraan, unjuran, analisis dan pembentangan data dalam pelbagai jadual dan grafik yang diperlukan dalam penyediaan lembaran kerja, kertas kerja, data syarikat, penyelidikan, simpan kira, aliran tunai / statistik kewangan, dan analisis statistik.