fas fa-search
LAWATAN KERJA MDA KE KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP)
13 Oktober 2022 - Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan (BPPP) MDA telah mengadakan satu lawatan ke Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Putrajaya, yang diketuai oleh Puan Idamazura Bt Idris@Harun, Pengarah BPPP.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai MDA berkaitan proses dan tatacara kerja penguatkuasaan KPDNHEP agar sistem maklumat dan pengurusan operasi penguatkuasaan MDA yang sedia ada dapat diperkukuhkan dan diperbaiki.