fas fa-search
FORUM INDUSTRI KECANTIKAN PENGGUNA - The Insights & Future of Beauty Industry
26 September 2022 – Baru-baru ini satu Forum Industri Kecantikan Pengguna telah diadakan di Central Plaza, KL Gateway Mall.
Objektif utama forum ini adalah untuk bertindak sebagai platform kerjasama antara agensi kerajaan, syarikat-syarikat yang terlibat di dalam industri kecantikan, serta sebagai satu usaha untuk membantu dalam perancangan meningkatkan serta memperkasakan industri kecantikan Malaysia di masa hadapan dan peluang untuk membincangkan isu dan masalah terkini di dalam industri kecantikan serta memastikan informasi yang tepat dapat disebar luas kepada masyarakat.
Pihak MDA telah dijemput sebagai panel di dalam forum industri ini untuk memberikan penerangan dan pendedahan kepada pengunjung berkaitan dengan peranan MDA sebagai badan berkanun yang bertugas dalam memantau, mengawal dan mengeluarkan sijil pendaftaran kepada pengeluar dan pengedar untuk aktiviti penjualan peranti perubatan di mana-mana premis.