23 September 2022 - Mesyuarat Kerjasama antara MDA (Malaysia) dan FDA (Filipina) telah diadakan secara dalam talian dan dihadiri oleh pegawai-pegawai pihak berkuasa peranti perubatan dari negara masing-masing. Delegasi Malaysia dari Medical Device Authority (MDA) diketuai oleh Puan Salbiah Bt Yaakop dan turut hadir adalah pegawai - pegawai dari Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa & Fasilitasi Industri (DASAR).

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan bidang kerjasama yang akan dilaksanakan melalui MOU yang sedang dibangunkan. Kerjasama ini adalah penting bagi merapatkan hubungan kedua-dua negara dalam mengawalselia peranti perubatan sekaligus untuk memastikan jurang perdagangan dapat dikurangkan dalam membantu pihak pemegang taruh dapat memasarkan peranti perubatan dengan lebih mudah.

Melalui mesyuarat ini, pihak FDA Filipina telah memberikan reaksi yang positif ke arah pelaksanaan MOU. Strategi pelaksanaan telah dibincangkan melalui mesyuarat ini, seterusnya diharap kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua negara.

 

Penulis: Muhammad Marwan Bin Anoor

 

WhatsApp Image 2022 09 25 at 22.39.31WhatsApp Image 2022 09 25 at 22.39.32