4 Ogos 2022, Cyberjaya – Medical Device Authority (MDA) menerima kunjungan dari Asia Pacific Medical Technology Association (APACMed) dan hadir secara dalam talian adalah Drug Regulatory Authority Pakistan (DRAP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif dan turut hadir adalah pegawai-pegawai MDA dari Bahagian Kawalan Pra-Pasaran dan Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa dan Fasilitasi Industri.

 

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan berkenaan halatuju Regulatory Reliance dalam bidang peranti perubatan berdasarkan Good Reliance Practice (GRelP) dan peluang kerjasama antara MDA-DRAP. Banyak perkara dan strategi yang dibincangkan dalam mesyuarat ini bagi memastikan pengawalseliaan yang lebih cekap dengan menambahbaik sistem regulatori peranti perubatan seterusnya bagi meningkatkan akses peranti perubatan yang selamat dan terjamin keberkesanannya.

 

Mesyuarat ini juga telah memberikan impak yang positif kepada MDA bagi inisiatif ke arah Regulatory Reliance dalam usaha penyelarasan dan penambahbaikan kawalselia bagi peranti perubatan di peringkat antarabangsa.

 

WhatsApp Image 2022 08 05 at 9.21.00 AMWhatsApp Image 2022 08 05 at 9.20.56 AM

WhatsApp Image 2022 08 05 at 9.20.59 AMWhatsApp Image 2022 08 05 at 9.20.58 AM 1