6 – 7 Julai 2022 - Selaras dengan Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) dalam menjalankan semakan berkala terhadap Akta dan peraturan, MDA sedang dalam proses untuk membuat pindaan dan semakan semula terhadap Akta 737 dan peraturan-peraturan di bawahnya setelah hampir 10 tahun ia dilaksanakan. Aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menambahbaik sistem regulatori peranti perubatan di Malaysia agar lebih relevan dengan situasi semasa seterusnya untuk melancarkan pelaksanaan aktiviti kawalselia peranti perubatan supaya ia dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan.

MDA yang terdiri daripada 30 orang pegawai telah menyertai Bengkel Amalan Baik Peraturan - Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi Pindaan Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Putrajaya.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pegawai - pegawai MDA berkenaan keperluan dan pelaksanaan RIA serta membincangkan isu - isu yang berkaitan sepanjang pelaksanaan Akta 737 dan peraturan - peraturan di bawahnya di samping untuk
memantapkan usaha bagi penyediaan Penyata Impak Peraturan (RIS).

 
WhatsApp Image 2022 07 07 at 3.38.16 PMWhatsApp Image 2022 07 07 at 3.38.16 PM 2WhatsApp Image 2022 07 07 at 3.38.17 PM 1WhatsApp Image 2022 07 07 at 3.38.17 PM 2WhatsApp Image 2022 07 07 at 3.38.18 PM 1WhatsApp Image 2022 07 07 at 3.38.18 PMWhatsApp Image 2022 07 07 at 5.20.49 PMWhatsApp Image 2022 07 07 at 5.20.50 PMWhatsApp Image 2022 07 08 at 3.43.00 PMWhatsApp Image 2022 07 08 at 3.46.19 PMWhatsApp Image 2022 07 08 at 3.46.20 PMWhatsApp Image 2022 07 08 at 3.46.20 PM 1