Nilai - 23 jun 2022: Pasukan Pemantauan dan Penguatkuasaan Medical Device Authority (MDA) telah mengadakan operasi serbuan baru-baru ini di Nilai, Negeri Sembilan. Serbuan dilakukan atas pelanggaran Seksyen 5 dan 15 Akta 737, iaitu meletakkan Peranti Perubatan yang tidak berdaftar di pasaran.

Seramai 12 orang pegawai daripada MDA dan dua orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam operasi tersebut.

Hasil daripada serbuan tersebut, Pasukan Pemantauan dan Penguatkuasaan MDA telah merampas 26,400 helai Sarung Tangan Pemeriksaan (264 kotak), dan 94 unit Kit Ujian Kendiri Covid-19 di dalam premis tersebut. Anggaran nilai barangan rampasan adalah RM 5,637.80

Walaubagaimanapun, pemilik premis memberikan kerjasama penuh dalam operasi ini.

Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam pembelian peranti perubatan yang dijual dipasaran. Sila pastikan peranti yang dibeli adalah yang berdaftar dengan MDA. Hal ini bagi memastikan peranti perubatan tersebut selamat digunakan secara efektif dan tidak memudaratkan kesihatan.

 

6IMG 74794IMG 74793IMG 7479IMG 747927