fas fa-search
PROGRAM PROMOSI KESEDARAN KEPADA PENGGUNA AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 - KELANTAN
Kota Bharu - 9 jun 2022: Satu program promosi kesedaran kepada pengguna Akta Peranti Perubatan 2012 telah diadakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kelantan.
Pelaksanaan program berkenaan untuk memberi pendedahan dan penerangan berkaitan Akta 737 (Akta Peranti Perubatan) dan Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012 (Akta 738) serta kawalan peranti perubatan ke atas pengurusan penyelenggaraan, penggunaan dan pelupusan peranti perubatan di hospital-hospital kerajaan termasuk pusat perubatan swasta di Malaysia.
Di samping itu, program ini turut dihadiri oleh pengarah-pengarah hospital dan klinik, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua pengurusan dan profesional serta jurutera operasi di hospital serta klinik kerajaan dan swasta serta kolej-kolej kejururawatan dan pendidikan perubatan serta pergigian.