Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) MDA Bilangan 2, tahun 2022 telah diadakan pada 12 April baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan prestasi perbelanjaan operasi bagi setiap bahagian dalam MDA untuk setiap suku tahun, iaitu dari Januari sehingga Mac. Hasil daripada perbincangan melalui mesyuarat ini mendapati bahawa prestasi perbelanjaan dan kutipan hasil masih lagi berada pada aras yang baik.

 

IMG 5933 EDITEDIMG 5936 EDITED