fas fa-search
KUNJUNGAN UNIT INTEGRITI KKM KE MEDICAL DEVICE AUTHORITY (MDA)
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah dikunjungi oleh Unit Integriti KKM pada 6 April 2022 (Rabu). Kunjungan ini bertujuan sebagai satu Sesi Libat Urus antara Unit Integriti KKM dan MDA dimana program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Wan Ramli bin Wan Abdullah, Ketua Unit Integriti KKM bersama-sama seramai enam orang pegawai daripada unit Integriti. Sementara di pihak MDA, program ini telah disertai oleh Ketua Eksekutif MDA, En. Ahmad Shariff Bin Hambali, Pn. Idamazura binti Idris @ Harun, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pemantauan MDA, dan juga Pegawai Integriti MDA, En Musa bin Mohd Hussin.
Sesi libat urus ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan integriti antara Unit Integriti KKM dan MDA disamping pengisian lain iaitu taklimat berkaitan latar belakang MDA dan perkongsian Pelan Antirasuah Organisasi (MDA) 2022-2026 kepada semua pegawai yang hadir.
Unit Integriti KKM turut memberikan pandangan dan idea bagi penambahbaikan berkaitan Pelan OACP MDA meliputi aspek integriti dan antirasuah serta tadbir urus bagi membantu MDA sebagai Badan Penguatkuasa yang lebih unggul dan cemerlang.