24 Januari 2022 – Satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MDA, Encik Ahmad Shariff Bin Hambali serta turut dihadiri oleh beberapa pegawai MDA yang terlibat.

Objektif perbincangan itu adalah untuk membincangkan tentang persediaan pelancaran sistem MeDC@St 2.0 yang akan dikemas kini dan dinaik taraf menjadi MeDC@St 2.0+. Sistem tersebut bakal dilancarkan dalam masa beberapa hari lagi menerusi pelancaran rasmi yang akan diadakan melalui siaran langsung di Facebook

Sehubungan dengan itu, pihak industri peranti perubatan diminta untuk sentiasa mengikuti kemas kini terbaru menerusi media sosial dan juga laman web MDA untuk mengetahui maklumat lanjut dan terkini mengenai pelancaran sistem tersebut.

 

DSC 0002DSC 0003

DSC 0005DSC 0007