fas fa-search
MESYUARAT PENJUALAN KIT UJIAN PANTAS ANTIGEN COVID-19 (UJIAN KENDIRI)
14 Oktober 2021 – Satu mesyuarat berhubung “Penjualan Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Ujian Kendiri) Selain dari Farmasi dan Klinik” telah berlangsung secara atas talian yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Peguatkuasa, Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Tuan Shamsul Nizam bin Khalil. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif PBPP, Encik Ahmad Shariff Bin Hambali serta wakil daripada Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi dan juga Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.
Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan beberapa perkara seperti penjualan kit ujian kendiri Covid-19 oleh pihak selain dari farmasi dan klinik, isu-isu semasa dan aduan yang berbangkit.