fas fa-search
PELANCARAN QUEUE MANAGEMENT SYSTEM (QMS) DI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN MDA
6 April 2021 - MDA telah melancarkan QMS iaitu sistem nombor giliran elektronik yang digunakan untuk memperkemaskan sistem giliran yang sedia ada.
Sempena pelancaran ini, beberapa pelanggan terawal telah diberikan penerangan dan panduan penggunaan oleh En. Muhammad Izzudin Abd Jalil yang turut disaksikan oleh Pn. Aidahwaty Ariffin@M.Olaybal, Pengerusi JK Pengurusan Kualiti dan Pn. Idamazura Bt Idris@Harun, Pengerusi JK Komunikasi, Promosi & Media.
MDA sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Penggunaan sistem ini diharap dapat melancarkan urusan dengan lebih efisien dan sistematik kepada semua pelanggan MDA.