fas fa-search
PEMERIKSAAN PREMIS MENGEDAR DAN MENJUAL PENGIMBAS SUHU INFRARED TANPA SENTUH
PBPP telah menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa premis yang mengedar dan menjual pengimbas suhu infrared tanpa sentuh pada hari Isnin, 22 Jun 2020.
Pemeriksaan ini dijalankan sebagai salah satu aktiviti pemantauan bagi memastikan kepatuhan kepada Akta 737 dan peranti perubatan yang diletakkan di pasaran adalah selamat dan berkesan.
PBPP akan meneruskan aktiviti seumpama ini dan tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta 737.