fas fa-search
PROGRAM ZIARAH INTEGRITI DI BANGUNAN BARU SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (SPRM)
KUALA LUMPUR, 16 April 2018 (Isnin) - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah mengadakan Program Ziarah Integriti ke SPRM di bangunan baru SPRM, Putrajaya. Program ini telah disertai seramai 22 orang pegawai dan kakitangan PBPP.
Program ini bertujuan untuk menjalinkan suatu hubungan baru antara PBPP dan SPRM serta sebagai program pendidikan masyarakat oleh pihak SPRM kepada kakitangan PBPP yang terlibat. Para peserta telah dibawa melawat ke konti MACC.fm, Video Interview Room (VIR), Bilik Kawad Cam, Dataran Kawad Tingkat & Blok C.
Jutaan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM kerana telah banyak membantu dalam menguruskan Program Ziarah Integriti ke SPRM ini.
Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), KL kerana sudi menjemput Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.